5 April 2010

Semoga Berjaya!


Pada awal bulan ini, kami telah kehilangan seorang yang amat kami hargai dan sayangi. Selamat Maju Jaya !!! di ucapkan kepada Cik Siti Zaidah, pembantu pengurusan murid pendidikan khas yang telah berpindah ke SMK Tan Sri Alba, Tanjung Sedili.
Bermulalah sejarah baru dalam hidup Cik Siti Zaidah di tempat baru dengan semangat baru.Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Cik Siti Zaidah.
Setiap kenangan bersama sentiasa kami ingati. Tawa ria, sedih pilu kita sepanjang Cik Siti Zaidah berkhidmat dalam unit Pendidikan Khas,SMK Lokman Hakim, amat kami hargai. Para pelajar di SMK Lokman Hakim mengucapkan "Semoga kita berjumpa lagi"....

Jika ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu kembali.

23 March 2010

Musim Persekolahan

Persekolahan telah kembali seperti biasa selepas seminggu bercuti.. Naik sekolah, pelajar akan menduduki Ujian Penilaian 2. Unit Pendidikan Khas mendoakan yang terbaik buat semua pelajar Pendidikan Khas yang menduduki Ujian Penilaian 2. Buat yang sebaik mungkin, Insya-Allah akan berjaya akhirnya.

8 March 2010

Hooreyyyyy!!!!!!!!!!

Pada 2hb Mac 2010...telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi 2010 di Stadium Penawar, Bandar Penawar. Kami telah menghantar 12 kotinjen pendidikan khas SMK Lokman Hakim. 12 kotinjen kami telah mengambil bahagian dalam acara 100m,200m,400m,800m,4x100m,lompat jauh,lontar peluru dan acara khas.

Kepulangan kami telah membawa pingat 5 emas,3 perak dan 3 gangsa. Pingat emas telah dimenangi dalam acara 800m(BP) perempuan,400m(BP)perempuan,100m(BD)perempuan,lompat jauh(BD)perempuan,4x100m perempuan. Manakala pingat perak dalam acara 200m(BP)perempuan,lontar peluru(BP)lelaki dan Acara Khas perempuan.Pingat gangsa pula dalam acara 100m(BP)perempuan,800m(BP)lelaki dan 100m Down Sindrom perempuan.

Keputusan ini walaupun tidak sebagaimana yang diperolehi pada tahun sudah ( 8 emas ) namun sudah mencukupi untuk meletakkan Lokman Hakim dominan sejak 2005.