28 March 2011

KEJOHANAN 2011

24hb Mac telah berlangsungnya satu kejohanan pendidikan khas di Stadium Penawar, Bandar Penawar. 9 orang kontinjen pendidikan khas telah mengambil bahagian dalam acara padang dan balapan yang terdiri daripada 3 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Acara padang seperti lontar cakera, lontar peluru, lontar lembing dan lompat jauh manakala acara balapan pula seperti 800m, 400m, 200m, 100m dan 4x100m.

SMKLH pendidikan khas telah menghantar Mohd Fauzilatun bin Anang, Mohd Asri bin Supaan, Mohd Hatta Izwan bin Musa, Nurul Jannah binti Hussin,Jumi'ah binti Arsad, Diah Hartini binti Mohd Rodzi, Siti Najehah binti Othman, Nasuha binti Baharom dan Nurfarahin binti Safian. Dengan bangganya, SMKLH pendidikan khas telah melahirkan seorang olahragawati iaitu Jumi'ah binti Arsad dengan merangkul pingat emas dalam acara 200m. 100m dan 4x100m.

Bagi olahragawan pendidikan khas telah dimenangi oleh Mohd Fauzilatun bin Anang membawa 2 pingat emas dan 1 perak dalam acara padang. Jumlah keseluruhan SMKLH telah memenangi 8 pingat emas, 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa.

Kami amat berbangga dengan usaha dan penat lelah yang diberikan tanpa jemu sehingga memberi kejayaan yang cemerlang. SMKLH juga mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.