25 April 2010

ERT dan TUNAS USAHAWAN

SMK Lokman Hakim telah mangadakan sebuah karnival membina anjuran ERT dan Koperasi SMK Lokman Hakim.Pada 22 April 2010 Kelab ERT telah menganjurkan karnival seperti Gubahan Bunga,Gubahan Tuala,Mewarna,Kerabu Special,Koktail Special,Sandwich Special,teh Tarik Berirama dan Solekan. Ramai yang menguji kebolehan dan berkogsi pelbagai idea dalam acara yang ditandingi dalam karnival ini. Pendidikan Khas juga tidak ketinggalan dalam melibatkan diri dalam acara Sandwich Special dan Koktail Special. Tidak disangka, Koktail Special menjadi tempat ke-3 di hati para juri. TAHNIAH!!!! buat Nurfarahin bt Sapian dan Nasuha bt Baharom.

Kelab Koperasi SMK Lokman Hakim telah menganjurkan Hari Tunas Ushawan pada tanggal 24 April 2010. Sempena Hari Kokurikulum,Hari Tunas Usahawan ini menggalakkan pelajar membuka gerai untuk berniaga dalam beraneka jualan. Mendidik para pelajar dalam menguruskan kewangan, berkomunikasi, strategi pemasaran dan ketrampilan. Ramai pelajar menceburkan diri dalam karnival ini mengikut kelab masing-masing. Tidak ketinggalan, Kelab Pendidikan Khas juga telah mengambil peluang membuka sebuah gerai untuk menjual pelbagai jenis makanan. Contohnya: ABC Special, Jemput-jemput Sayur, Keropok, Sandwich, Nasi Goreng dll.

Sebulat suara, para juri telah memilih Kelab Pendidikan Khas sebagai gerai yang terbaik dengan meraih 4 hamper sebagai JOHAN dalam kategori Pengurusan Kewangan, kategori Strategi Pemasaran, kategori Komunikasi Berkesan dan kategori Ketrampilan.

Kemenangan yang diperolehi memupuk semangat iltizam di antara Kelab Pendidikan Khas dengan kelab-kelab yang lain serta pada diri sendiri.



Blog Archive

Labels

Krew Pendidikan Khas

My photo
Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Labels

Recent Posts

Blog Archive