25 April 2010

Semarak Islam

Pada 15 April 2010 hari Khamis, kami warga pendidikan khas telah terlibat dengan Semarak Islam peringkat Daerah Kota Tinggi. Seramai 8 orang pelajar yang berdedikasi telah menyertai 5 kategori dalam pertandingan ini, ;Kategori Azan diwakili oleh Mohd Asri bin Supaan..Kategori Tulisan Khat pula diwakili oleh Nurfarahin bt Supian, Muhammad Fauzilatun b Anang dan Nurul Izzati bt Jamaludin..Nurfarahin juga telah mewakili kategori Merumikan Jawi.Mohd Taufik b Kamil dan Diah Hartini bt Mohd Radzi telah mewakili kategori Bercerita diikuti Kategori Hafazan pula diwakili oleh Mohd Adirah b Churayme dan Nasuha bt Baharom.

Hasil kejayaan yang dibawa pulang sebanyak 4 emas, 2 perak dan 2 gangsa(tempat ke-5).
Walaubagaimanapun, kami amat bersyukur dengan kejayaan yang kami perolehi berbanding dengan tahun lepas kami memenangi 5 emas. Kategori yang merangkul pingat emas ialah Kategori Khat Lelaki Senior (LD), Khat Perempuan Senior (BD),Kategori Bercerita Lelaki Senior (LD) dan Kategori Merumikan Jawi Perempuan Senior (BD).Manakala pingat perak pula dimenangi dalam Kategori Bercerita Perempuan Junior (LD) dan Kategori Azan Lelaki Senior (LD). Kategori Hafazan Perempuan dan Lelaki Senior memenangi tempat ke lima.

Justeru itu,para pelajar lebih bersemangat dengan kejayaan yang diperolehi dan pelajar lebih dominin dalam sesuatu perkara.