IKHLAS dalam pembelajaran , IKHTIAR dalam apa jua rintangan , JUJUR dalam setiap perlakuan.
28 March 2011
KEJOHANAN 2011
SMKLH pendidikan khas telah menghantar Mohd Fauzilatun bin Anang, Mohd Asri bin Supaan, Mohd Hatta Izwan bin Musa, Nurul Jannah binti Hussin,Jumi'ah binti Arsad, Diah Hartini binti Mohd Rodzi, Siti Najehah binti Othman, Nasuha binti Baharom dan Nurfarahin binti Safian. Dengan bangganya, SMKLH pendidikan khas telah melahirkan seorang olahragawati iaitu Jumi'ah binti Arsad dengan merangkul pingat emas dalam acara 200m. 100m dan 4x100m.
Bagi olahragawan pendidikan khas telah dimenangi oleh Mohd Fauzilatun bin Anang membawa 2 pingat emas dan 1 perak dalam acara padang. Jumlah keseluruhan SMKLH telah memenangi 8 pingat emas, 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa.
Kami amat berbangga dengan usaha dan penat lelah yang diberikan tanpa jemu sehingga memberi kejayaan yang cemerlang. SMKLH juga mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.
15 February 2011
Maulidur Rasul 1432h
MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.
Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.
Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.
Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.
Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.
Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.
Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul
Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.
Imam Jalaluddin Sayuti:
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.
Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.
“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.
Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.
3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.
Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.
Sumber : Pondok Pasir Tumbuh ( Al Bakriah.com)
16 January 2011
Tahun 2011....
Selamat Tinggal 2010
Azam baru untuk para guru dan para pelajar pendidikan khas agar lebih bersemangat dalam menempuhi segala kesibukan program pada tahun ini.
Semoga kita sentiasa saling membantu di dalam 1 unit. Jadikan sesuatu kejayaan sebagai landasan untuk kita mencapai kemenangan kelak.
Semoga para guru lebih bersemangat mendidik anak-anak teristimewa ini. Jadikan mereka sebahagian masyarakat yang lebih berintegriti.
'Yang berlalu jadikan pengajaran,
Yang baru jadikan sempadan'.
20 September 2010
HARI RAYA MENJELMA KEMBALI
salah dan silap harap di ampuni...setahun sekali menyambut bulan yang mulia ini. Kemeriahannya selama sebulan, kunjung mengunjungi sesama kita. Insya-allah berjumpa lagi mengeratkan tali silaturrahim..Balik kampung beraya, berhati-hati.
Ikhlas dari
cikgu eiyna
(untuk semua pelajar dan guru Pendidikan Khas SMK Lokman Hakim)
11 August 2010
Ramadhan Al-Mubarak

RAMADHAN KEMBALI........
Selamat menyambut bulan yang mulia di samping menjaga setiap perincian dalam kehidupan. Kami warga pendidikan khas SMK Lokman Hakim mengucapkan Salam Al-Mubarak buat semua rakan-rakan dan para pelajar.
Terimalah beberapa rangkap pantun dari kami:-
Fajar ramadhan datang menjelang,
Mengajak kita meraih keampunan,
Mohon bukakan pintu kemaafan,
Untuk segala khilaf dan kesalahan,
Bulan ramadhan bulan keberkahan,
Kurnia Sang Maha Penyayang buat hamba beriman,
Tolong ikhlaskan serta maafkan segala perkataan dan perbuatan
yang pernah membuat luka di hati dan perasaan,
Selamat tunaikan puasa dengan segenap keikhlasan,
Semoga tuhan limpahkan cinta dan keberkahan,
Jalan kemudahan untuk segala urusan,
Agar kau raih kebahagiaan untuk hari ini dan masa depan,
Segala kebaikan dan ketulusan yang kau lakukan ,
Semoga Tuhan memberikan keberkatan,
Serta kabulkan doa yang kita lantunkan
Agar ramadhan selalu tingkatkan ketakwaan dan kearifan.
Amin…
Segala puji syukur layak dipanjatkan,
bagi Tuhan pemberi kehidupan…
25 April 2010
ERT dan TUNAS USAHAWAN
Kelab Koperasi SMK Lokman Hakim telah menganjurkan Hari Tunas Ushawan pada tanggal 24 April 2010. Sempena Hari Kokurikulum,Hari Tunas Usahawan ini menggalakkan pelajar membuka gerai untuk berniaga dalam beraneka jualan. Mendidik para pelajar dalam menguruskan kewangan, berkomunikasi, strategi pemasaran dan ketrampilan. Ramai pelajar menceburkan diri dalam karnival ini mengikut kelab masing-masing. Tidak ketinggalan, Kelab Pendidikan Khas juga telah mengambil peluang membuka sebuah gerai untuk menjual pelbagai jenis makanan. Contohnya: ABC Special, Jemput-jemput Sayur, Keropok, Sandwich, Nasi Goreng dll.
Sebulat suara, para juri telah memilih Kelab Pendidikan Khas sebagai gerai yang terbaik dengan meraih 4 hamper sebagai JOHAN dalam kategori Pengurusan Kewangan, kategori Strategi Pemasaran, kategori Komunikasi Berkesan dan kategori Ketrampilan.
Kemenangan yang diperolehi memupuk semangat iltizam di antara Kelab Pendidikan Khas dengan kelab-kelab yang lain serta pada diri sendiri.














